Wednesday 27 September 2017

KEMAHIRAN BELAJAR

DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA BINTI TALIB

UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

NAMA PENSYARAH : PUAN ROSELITA BT ALI

TAJUK : KEMAHIRAN GENERIK - KEMAHIRAN BERFIKIR

MAKSUD KEMAHIRAN GENERIK

Kemahiran generik atau dikenali dengan nama kemahiran insaniah telah lama didiskusikan dan  oleh para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.

APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR  ? ? ?

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

    
     

     JOM KITA LIHAT APA ITU KONSEP BERFIKIR MENURUT EDWARD DE BONO (1976)


  •      Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.



     BAGAIMANA PROSES BERFIKIR   ? ? ?
  •      Melibatkan pengendalian operasi mental yang terbahagi kepada 2 jenis di dalam minda seseorang. 


     1) Operasi Kognitif
  •          Kemahiran berfikir yang sering digunakan setiap hari.
  • CONTOH: Mengelas, membanding, dan membuat urutan

      2) Operasi Meta kognitif
  •          Operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif.
  • CONTOH: Memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia.

      
      JOM KETAHUI  PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

1)  Elakkan daripada bersikap negatif dengan cara bersikap kostektif iaitu bersikap                positif bagi setiap jenis kemahiran berfikir.

     2) Menggunakan pelbagai kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dan                    membuat keputusan.

     3)Tetapkan tujuan kita berfikir dan bertanyakan diri sendiri tujuan dan hasil yang                diharapkan.

        MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR : 





 Apa itu ALAT BERFIKIR ? ? ?

- Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Antaranya:

A- Pengurusan Grafik
Satu bentuk ilustrasi melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang sistematik, jelas dan berkesan.

B- Peta Minda
Digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuk bidang pebelajaran dan pendidikan.

C- Alat CoRT


•Terdapat 7 teknik asas penggunaan CoRT 1:

1.Komponen CoRT 1: PMI-Plus, Minus, Interesting (Baik, buruk, menarik)


  •  Melatih pelajar berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.

2.Komponen CoRT 1: CAF- Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)

  •  Melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh.

3.Komponen CoRT 1: C&S-Consequence and Sequel (Kesan dan akibat daripada kesan)

  • Melatih pelajar berfikir dan menjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.

4.Komponen CoRT 1: AGO-Aims, Goals, Objektif (Tujuan, matlamat, objektif)

  • Melatih pelajar berfikir agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.

5.Komponen CoRT 1: FIP-First Important Priority (Keutamaan)

  •  Melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut kepentingan atau keutamaan.

6.Komponen CoRT 1: APC-Alternatives, Possibilities,Choices (Alternatif, kemungkinan, pilihan)

  • Melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara dengan serentak dan dapat    menentukan pilihan yang terbaik.

7.Komponen CoRT 1: OPV-Other People’s Views (Pandangan orang lain)

  • Melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan.

TUJUAN – Membantu murid mengingat kembali maklumat berkaitan bagi membantu mengabungkan maklumat baru

Kemahiran berfikir sinonimnya harus diketahui oleh murid-murid pada abad ke-21 ini         seiring dengan peredaran zaman kini. Sepertimana diketahui, murid-murid kini sudah        diperkenalkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


APA PULA ITU KBAT ? ? ?

KBAT ialah mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Di bawah saya sertakan point penting mengenai kebaikan kemahiran berfikir bagi pelajar abad ke-21:
                        




Banyak manfaat yang akan diperolehi. Oleh itu, mari kita menerapkan kemahiran berfikir melalui konsep pelajar abad ke-21 kepada murid-murid. 

Kesimpulannya, kemahiran berfikir termasuk dalam salah satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu mempelajari tentangnya. Subjek kemahiran berfikir dapat mendorong individu untuk kuat berusaha agar menjadi seorang yang bijak berfikir dan cemerlang.

Ingin saya selitkan di sini sebuah mutiara kata yang boleh menjadi pemangkin kepada bakal-bakal guru agar dapat menjadi bakal guru yang cemerlang kelak :

Guru yang biasa-biasa sahaja memberi tahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang bagus menunjukkan bagaimana caranya. Tetapi guru yang luar biasa menginspirasi murid-muridnya.
            ~William A. Ward~

Terima kasih.





KEMAHIRAN BELAJAR
DISEDIAKAN OLEH: TENGKU NURIZZATI ALIYAH BINTI TUAN MUHAMAD ZAKI
UNIT: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM: PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
NAMA PENSYARAH: PUAN ROSELITA BINTI ALI
TAJUK: KEMAHIRAN GENERIK - KEMAHIRAN BELAJAR

   Kemahiran generik atau juga dikenali sebagai kemahiran insaniah adalah sangat penting kerana ia merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang supaya berfungsi secara berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran yang dimiliki secara khusus. Kemahiran generik berkembang melalui proses tumbesaran, penuaan dan kematangan. Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Para pelajar harus menguasai kemahiran belajar secara mantap supaya mereka dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing untuk mancapai tahap pencapaian yang maksimum dalam pelajaran. Antara kemahiran-kemahiran generik ialah:-
A.    Kemahiran belajar
B.    Kemahiran berfikir
C.   Kemahiran mentafsir dan menilai
D.   Kemahiran teknologi maklumat
E.    Kemahiran pemudah cara dan fasilitator

                                                     

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMAHIRAN BELAJAR?



Kemahiran belajar adalah…
ü  Proses di mana individu memproses maklumat yang diperoleh daripada mana-mana sumber yang sahih dan membawa kepada perubahan tingkah laku.
ü  Proses yang membawa peningkatan dari segi pengetahuan, kemahiran serta kebolehan.

ü  Proses di mana hanya beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan di dalam memori.


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG
Persekitaran pembelajaran di Institut Pendidikan Guru adalah jauh berbeza dengan suasana pembelajaran di sekolah rendah mahupun sekolah menengah kerana matlamat Ipg adalah untuk melahirkan para guru yang mempraktikkan dimensi budaya yang berikut:
A. Budaya ilmu
·       Pembelajaran sepanjang hayat
·       Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
·       Mengamalkan penyelidikan
B. Budaya kepimpinan
Ø Pemikiran reflektif
Ø Kebolehan membuat keputusan
Ø Bermotivasi tinggi dalam menggerakkan perubahan
C. Budaya kerja professional
v Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
v Optimis dan komited dalam pekerjaan
v Mementingkan kualiti dan menepati piawaian
D. Budaya akhlak dan moral
§  Sentiasa bersyukur
§  Mematuhi etika
§  Merendah diri
E.  Budaya penyayang
o   Keprihatinan dengan makhluk
o   Budaya hidup sihat
o   Kematangan emosi
F.  Budaya estetika
Ø Kehalusan budi
Ø Keunggulan peribadi
Ø Kesempurnaan kerja




KEMAHIRAN BELAJAR DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA BINTI TALIB UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING  PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZA...