KEMAHIRAN BELAJAR
DISEDIAKAN OLEH : NUR AMIRA BINTI TALIB
UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN
NAMA PENSYARAH : PUAN ROSELITA BT ALI
TAJUK : KEMAHIRAN GENERIK - KEMAHIRAN BERFIKIR
TAJUK : KEMAHIRAN GENERIK - KEMAHIRAN BERFIKIR
MAKSUD KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik atau dikenali
dengan nama kemahiran insaniah telah lama didiskusikan dan oleh
para ilmuan dan penyelidik di serata dunia. Kemahiran generik merupakan
kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada
kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus
yang dimiliki. Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ? ? ?
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
JOM KITA LIHAT APA ITU KONSEP BERFIKIR MENURUT
EDWARD DE BONO (1976)
- Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
BAGAIMANA PROSES BERFIKIR ? ? ?
- Melibatkan pengendalian operasi mental yang
terbahagi kepada 2 jenis di dalam minda seseorang.
1) Operasi Kognitif
- Kemahiran berfikir yang sering digunakan setiap hari.
- CONTOH: Mengelas, membanding, dan membuat urutan
2) Operasi Meta kognitif
- Operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif.
- CONTOH: Memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia.
JOM KETAHUI PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
1) Elakkan daripada bersikap negatif dengan cara bersikap kostektif iaitu bersikap positif bagi setiap jenis kemahiran berfikir.
2) Menggunakan pelbagai kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
3)Tetapkan tujuan kita berfikir dan bertanyakan diri sendiri tujuan dan hasil yang diharapkan.
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR :
Apa itu ALAT BERFIKIR ? ? ?
- Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir lebih
berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Antaranya:
A- Pengurusan Grafik
•Satu
bentuk ilustrasi melihat sesuatu idea dengan pemikiran yang sistematik, jelas
dan berkesan.
B- Peta Minda
•Digunakan
dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuk bidang pebelajaran dan pendidikan.
C- Alat CoRT
•Terdapat 7 teknik asas penggunaan CoRT 1:
1.Komponen CoRT 1: PMI-Plus, Minus, Interesting (Baik, buruk, menarik)
- Melatih pelajar berfikir bagi meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi.
2.Komponen CoRT 1: CAF- Consider All Factors
(Ambil kira semua faktor)
- Melatih pelajar berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh.
3.Komponen CoRT 1: C&S-Consequence and
Sequel (Kesan dan akibat daripada kesan)
- Melatih pelajar berfikir dan menjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
4.Komponen CoRT 1: AGO-Aims, Goals, Objektif
(Tujuan, matlamat, objektif)
- Melatih pelajar berfikir agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
5.Komponen CoRT 1: FIP-First Important
Priority (Keutamaan)
- Melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara mengikut kepentingan atau keutamaan.
6.Komponen CoRT 1: APC-Alternatives,
Possibilities,Choices (Alternatif, kemungkinan, pilihan)
- Melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara dengan serentak dan dapat menentukan pilihan yang terbaik.
7.Komponen CoRT 1: OPV-Other People’s Views
(Pandangan orang lain)
- Melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan.
TUJUAN – Membantu murid mengingat kembali
maklumat berkaitan bagi membantu mengabungkan maklumat baru
# Kemahiran berfikir sinonimnya harus
diketahui oleh murid-murid pada abad ke-21 ini seiring dengan peredaran zaman
kini. Sepertimana diketahui, murid-murid kini sudah diperkenalkan dengan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
APA PULA ITU KBAT ? ? ?
KBAT ialah mengaplikasikan pemikiran secara
kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta
kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian
diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.
Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan
kreatif.
Di bawah saya sertakan point penting
mengenai kebaikan kemahiran berfikir bagi pelajar abad ke-21:
Banyak manfaat yang akan diperolehi. Oleh
itu, mari kita menerapkan kemahiran berfikir melalui konsep pelajar abad ke-21
kepada murid-murid.
Kesimpulannya, kemahiran berfikir termasuk
dalam salah satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu
mempelajari tentangnya. Subjek kemahiran berfikir dapat mendorong individu
untuk kuat berusaha agar menjadi seorang yang bijak berfikir dan cemerlang.
Ingin saya selitkan di sini sebuah mutiara
kata yang boleh menjadi pemangkin kepada bakal-bakal guru agar dapat menjadi
bakal guru yang cemerlang kelak :
Guru yang biasa-biasa sahaja memberi tahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang bagus menunjukkan bagaimana caranya. Tetapi guru yang luar biasa menginspirasi murid-muridnya.
~William A. Ward~